Hari ini sahaja, papan muka Google Reader saya terpacul empat berita mengisahkan talian jalur lebar atau internet di Malaysia. Mungkin ia satu kebaikan kepada para pengguna internet Malaysia :
* Broadband confusion – Berkenaan Projek Jalur Lebar Pantas atau high speed broadband (HSBB) yang dikerjakan oleh TM. Menurut akhbar ini, perkhidmatan ini bakal menemui pengguna bulan hadapan.
* Celcom sees 120% broadband base growth – Semalam saya terlihat satu iklan TV oleh Celcom yang mempromosikan broadband prepaid. Daripada laman akhbar ini, Celcom memperkenalkan satu perkhidmatan yang dikenali sebagai Celcom Broadband Prepaid. Pek permulaannya bernilai RM25.00 dan mempunyai kredit sebanyak RM20.00. Pek ini tidak mengandungi perkhidmatan voice/video calls dan SMS
* DiGi to launches 3G wireless broadband service – DiGi akan (atau mungkin telah) memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar 3G tanpa wayar. Perkhidmatan dibahagikan kepada tiga jenis pengguna iaitu pengguna light, moderate dan heavy. Setakat ini perkidmatan hanya merangkumi Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sunway dan Bangsar seterusnya ke Lembah Klang. DiGi juga merancang mengadakan perkhidmatan ini di bandar-bandar utama seperti di Penang, Johor Baru dan Kota Kinabalu
* Firms failing to roll out services can lose WiMAX licences – Amaran kepada pengendali WiMax yang telah diberikan lesen oleh kerajaan, lesen anda akan ditarik-balik jika perkhidmatan tersebut tidak disediakan dalam masa 12 bulan dari tarikh lesen diberikan. Antaranya syarikat yang menerima lesen tersebut ialah Packet One Networks (M) Sdn Bhd, REDtone International Bhd, YTL e-Solutions Bhd dan Asiaspace Sdn Bhd.
Sabtu, 8 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








Tiada ulasan:
Catat Ulasan