TIDAK lengkap sesebuah organisasi lebih-lebih lagi syarikat yang berorientasikan perniagaan dan perkhidmatan sekiranya operasi syarikat mereka tidak disokong oleh teknologi rangkaian kawasan setempat (LAN).
Menyokong kepada aplikasi LAN ialah sebuah peranti yang dikenali sebagai router. Ia bertindak mengambil mesej data daripada rangkaian dan menukarkannya kepada paket (bentuk) yang sesuai untuk dihantar kepada pengguna komputer yang lain.
Penggunaan paket router ini bagaimanapun sebenarnya agak terbatas dan kadang-kala terganggu ekoran jumlah trafik (pengguna rangkaian) yang tinggi pada satu-satu masa, selain perpindahan kandungan data yang besar seperti audio dan video.
Keadaan ini mendesak pakar-pakar rangkaian dan jaringan di seluruh dunia meningkatkan kecekapan router tersebut dengan mengembangkan kamampuan dan salah inovasi terbaru adalah menerusi pengenalan flow router.
Teknologi flow router ini sebenarnya masih terlalu baru dalam dunia rangkaian dan diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh syarikat rangkaian iaitu Anagran pada Ogos tahun lalu.
Syarikat yang diketuai oleh salah seorang pengasas perkhidmatan Internet iaitu Dr. Larry Roberts ini membangunkan teknologi itu khusus untuk rangkaian jalur lebar (broadband) di bawah produk yang dikenali sebagai Anagran FR-1000 Flow Router.
Menariknya, ketika seluruh dunia menantikan satu lagi applikasi yang mampu meningkatkan kecekapan rangkaian, Anagran memilih Malaysia sebagai hab untuk memperkenalkannya sekurang-kurangnya bagi rantau ini.
Bekerjasama dengan syarikat tempatan yang tidak asing lagi dalam menawarkan perkhidmatan kepakaran rangkaian iaitu Ofisgate Sdn. Bhd. (Ofisgate), Anagaran FR-1000 Flow Router ini diperkenalkan buat pertama kali di negara ini, baru-baru ini.
Kualiti
Menjelaskan lebih lanjut, Ketua Pegawai Teknologi Ofisgate, Ahmad Shahriman Md. Yasin berkata, penggunaan flow router dalam rangkaian LAN bagi menggantikan paket router bakal memberi impak yang besar dalam meningkatkan kecekapan kualiti perkhidmatan (QoS) sesebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan berasaskan jalur lebar.
Ini kerana katanya, flow router sememangnya dibangunkan dengan tumpuan terhadap perpindahan data dengan kandungan yang lebih tinggi dan besar terutamanya audio dan video.
Mengambil contoh trend penggunaan jalur lebar di seluruh dunia ketika ini yang lebih tertumpu kepada perkongsian kandungan audio dan video atau peer-to-peer seperti YouTube, MySpace, Metacafe dan sebagainya, ia memerlukan satu rangkaian yang cekap bagi membolehkan program-program seperti itu dinikmati oleh pengguna dengan pantas.
"Flow router dapat memastikan ISP masih lagi mampu menawarkan perkhidmatan komersial seperti peer-to-peer dan dalam masa yang sama tidak mengganggu kelancaran rangkaian yang berasaskan keuntungan lain," jelas Ahmad Shariman ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Ahmad Shariman, pengantian flow router ini membolehkan ISP meningkatkan kapasiti rangkaian mereka sehingga tiga kali ganda pada jalur lebar sedia ada dengan kualiti perpindahan kandungan audio dan video (streaming) yang lebih pantas dan sempurna.
Malah memandangkan ia dibangunkan khusus untuk perkhidmatan jalur lebar, flow router juga menyokong kepada kecekapan rangkaian teknologi jaringan terkini seperti 3G, New Generation Network (NGN), IPTV dan IPv6.
Sejak diperkenalkan di negara ini November tahun lalu, Ahmad Shahriman menjelaskan, flow router telah menarik minat daripada beberapa syarikat telekomunikasi (telko) untuk dijalankan ujian percubaan.
Bagi tujuan itu, Ofisgate yang berpengalaman kira-kira empat tahun dalam kepakaran pengujian kecekapan rangkaian akan menjalankan ujian itu sepenuhnya yang mengambil masa kira-kira dua minggu.
Bagaimanapun melihat kepada maklumbalas positif telko antarabangsa yang sudah menguji perkhidmatan flow router itu, ia dijangka tidak menghadapi masalah untuk membantu syarikat telko di negara ini meningkatkan kecekapan rangkaian mereka.
Malah, Ofisgate menerusi rakan kongsi mereka di seluruh rantau Asia juga akan memperkenalkan produk flow router itu dalam masa terdekat termasuk di Singapura, Indonesia, Brunei, Australia, Th
Sabtu, 8 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








Tiada ulasan:
Catat Ulasan