Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) Khamis menjalin perjanjian bernilai AS$28 juta dengan ZTE (Malaysia) Corp Sdn Bhd.
Menerusi perjanjian itu, P1 akan menyelesaikan fasa dua pelan pelaksanaan rangkaian nasional saling kebolehoperasian seluruh dunia bagi akses mikro gelombang (WiMAX), tahun ini.
"Syarikat ini kini bersedia menawarkan liputan WiMAX kepada 35 peratus penduduk di Semenanjung menjelang akhir tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai, pada majlis pemeteraian itu.
ZTE antara lain akan melaksanakan pelan penawaran rangkaian, termasuk perancangan dan reka bentuk WiMAX, bekalan peralatan, perkhidmatan kejuruteraan dan mengoptimuman rangkaian WiMAX.
Pelan pelancaran fasa dua akan dilaksanakan selari dengan pelan pelaksanaan fasa pertama yang diurus oleh Alcatel-Lucent.
Menerusi fasa kedua, P1 dijangka meneydiakan lebih 450 tapak akses di pusat pasaran strategik di seluruh negara.
Ia dijangka menyediakan sehingga 700 tapak baharu menjelang akhir tahun ini.
Lai berkata pelan pelaksanaan itu akan memberi tumpuan yang lebih terhadap negeri-negeri di Pantai Timur dan Pulau Pinang.
P1 juga dijangka membelanjakan RM1 bilion dalam perbelanjaan modal bagi menyokong rangkaian dan penawaran produk dalam tempoh lima tahun akan datang.
Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Datuk Joseph Salang, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi bersama Duta Besar China ke Liu Jian.
Mengulas mengenai insentif dalam pakej rangsangan bagi industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Salang berkata ia dijangka meningkatkan pelaksanaan segera penebusan jalur lebar kediaman di Malaysia.
Menerusi pelan Jalur Lebar Kebangsaan, sasaran bagi penebusan jalur lebar kediaman di Malaysia ditetapkan pada 50 peratus menjelang 2010 daripada 22 peratus pada masa ini.
Sabtu, 8 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








Tiada ulasan:
Catat Ulasan