Assalamualaikum dan semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera juga aman damai.Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana dengan adanya peraduan blog 2009 anjuran Intel Malaysia bersama Malaysian Communications and Multimedia Commision (MCMC) dan MSD Technology Sdn Bhd,saya memperoleh terlalu banyak ilmu tentang broadband yang selama ini tidak sangat saya ketahui.Saya berharap bahawa segala perkongsian tentang broadband termasuk pendapat,pengalaman dan perasaan saya dalam tulisan saya yang biasa itu dapat membuka minda anda tentang kebaikan juga manfaat yang broadband miliki.Semoga anda semua terus setia bersama broadband dan sebagai seorang pelajar,saya mengakui yang saya amat sayangkan broadband kerana selama ini broadband telah banyak merubah kehidupan saya dalam arena teknologi yang canggih lagi maju ini.Sekian sahaja buat pembaca blog juga buat para panel penilai pertandingan blog ini.Infiniti terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang masih kurang sempurna dan masih mempunyai banyak kecacatan jua setulus-tulus penghargaan kepada Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam pertandingan ini.Siapalah saya untuk berkongsi segalanya tentang broadband.Namun,selagi masa masih ada,selagi umur masih panjang,selagi peluang masih terbuka,selagi bicara masih utuh,selagi kehidupan masih terang,selagi broadband terus memberi kebaikan selagi itulah saya akan cuba berkongsi sebanyak mungkin ilmu yang saya punya tentang broadband sehingga akhir waktu,sehingga masa beredar pergi.
PENGHARGAAN
Pusat Jalur Lebar
~Pusat Jalur Lebar Komuniti juga antara pusat yang menggunakan kemudahan teknologi broadband.Pusat ini sememangnya antara pusat untuk mempelajari ict yang terbaik kerana adanya sistem teknologi broadband yang sememangnya membantu dalam sesi pengajaran juga pembelajaran yang lengkap dan sempurna.
SMKA Nurul Ittifaq
~Sekolahku syurgaku sememangnya banyak membantu dalam setiap perkara yang ku lakukan,Selain itu terima kasih juga kepada guru-guru dan kawan-kawan.
Sabtu, 8 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








Tiada ulasan:
Catat Ulasan